Program Hari Terbuka Pusat Internet Kodiang

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Program Hari Terbuka Pusat Internet Kodiang telah berlangsung pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 yang lalu. Program ini diadakan dengan kerjasama MPKK Kg Kodiang Lama, Pasukan Bomba Kubang Pasu serta Pusat Internet Jerlun, Napoh, Changlun dan Pusat Internet berdekatan. Program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat Kampung Kodiang Lama khususnya dan penduduk Kodiang amnya.

Di samping itu,program ini mendedahkan pengunjung akan latihan kebakaran dan demonstrasi pemadaman api oleh pasukan Bomba Kubang Pasu. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Salmee Binti Said, Adun Kota Siputeh dan turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Keplu iaitu Encik Mohamad Helmy b Md Saad.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Klik Dengan Bijak(KDB) oleh wakil Pusat Internet Malaysia, Taklimat Wabak Novel (Coronovirus) dan Akta Berita Palsu oleh wakil Komuniti Harapan Malaysia, Peraduan Kahoot Online dan Pemeriksaan Kesihatan B40 oleh Klinik Kesihatan Kodiang serta tidak ketinggalan Cabutan Bertuah kepada pengunjung yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali